Monday, 12 October 2015

PEMBEDAHAN KOSMETIK


PEMBEDAHAN KOSMETIK


DUA2012

NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD NOOR ZAIDI BIN MOD ZAWAWI
NAMA PELAJAR :
SITI NUR ZUBAIDAH BINTI MOHD SABRY
02DKA14F2035
NOR AZIZAH BINTI ABDUL KARIM
02DKA14F2029
NOORSYAHIRA BINTI AZIZAN
02DKA14F2063





ISI KANDUNGAN




BAB 
PENGENALAN
OBJEKTIF
FENOMENA PEMBEDAHAN KOSMETIK
JENIS-JENIS PEMBEDAHAN KOSMETIK
-PEMBEDAHAN REKONSTRUKTIF
-PEMBEDAHAN KOSMETIK
FAKTOR-FAKTOR PEMBEDAHAN KOSMETIK
PROSEDUR PEMBEDAHAN KOSMETIK
HUKUM PEMBEDAHAN KOSMETIK
CONTOH PEMBEDAHANKOSMETIK YANG DIBOLEHKAN
LAMPIRAN
RUJUKAN

KESIMPULAN

PENGENALAN


Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya kerja kursus agama ini berjaya juga disiapkan dalam masa seminggu. Bagi pilihan tajuk, saya dan ahli kumpulan yang lain telah memilih “Pembedahan Kosmetik Terhadap Pandangan Agama dan Perspektif Sains” sebagai tajuk pilihan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sepanjang menyiapkan kerja kursus ini terutamanya kepada ibubapa dan rakan-rakan yang banyak membantu. Tidak lupa juga kepada Ustaz Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi yang banyak bertolak ansur dan memberi tempoh masa yang lama bagi kami menyiapkan kerja kursus ini.


Kami memilih tajuk ini sebagai tajuk kajian kerana tanpa kita sedari, fenomena pembedahan plastik sebenarnya banyak berlaku dalam kalangan orang muslim di Malaysia ini sendiri. Fenomena ini kian menular dan makin ramai yang berani mencuba melakukan pembedahan plastik bagi tujuan kepuasan diri. Walau bagaimanapun, pandangan terhadap pembedahan plastic sebenarnya patut diperbetulkan kerana tidak semua pembedahan plastik itu bertujuan kecantikan. Kebanyakan daripada kita apabila ditanya mengenai pembedahan plastik, pasti hanya tertumpu pada kecantikan samata-mata seperti ingin memancungkan hidung, menipiskan bibir, membuang lemak dan sebagainya. Ada juga pembedahan plastik yang perlu dilakukan seperti jika berlakunya kemalangan atau kemalangan yang mengubah bentuk dan rupa asal manusia normal.


Selain itu, tujuan kami memilih tajuk ini adalah disebabkan kesedaran ingin sedikit sebanyak membantu mereka yang terlalu taksub dengan pembedahan plastik bagi mrngubah ciptaan Allah s.w.t agar kembali ke pangkal jalan. Walaupun naskah ini tidaklah sehebat mana, namun ia dapat memperjelas kepada kita semua tentang hukum pembedahan plastik pelbagai situasi. Di Malaysia sendiri, kita dapat lihat semakin ramai umat Muslim yang melakukan pembedahan plastik salah satu cara untuk tidak kelihatan tua. Ini sudah semestinya bercanggah dengan noma kehidupan dan sudah semestinya bercanggah dengan ajaran islam. Oleh itu, diharap kita semua mendapat pandangan dan pemahaman yang lebih jelas dan terperinci mengenai pembedahab plastik dan hukumnya menurut islam.


OBJEKTIF
Tujuan report ini ialah untuk meninjau pandangan terhadap pembedahan kosmetik bagi pandangan agama dan perspektif sains.Matlamatnya ialah untuk memahami konsep hukum terhadap pembedahan kosmetik.

  • Untuk memberi penerangan tentang pembedahan kosmetik mengikut syariat islam berdasarkan al-Quran,hadis dan perbahasan para ulama dari mazhab Hanafi,Syafie dan Hambali serta berdasarkan perbahasan dari para fuqaha dan pembedahan .Diharapkan para pembaca jelas dengan hukum sebenar tentang pembedahan kosmetik.Sesungguhnya dalam hal yang berkaitan dengan agama ini,kita tidak boleh sebarangan mengeluarkan hukum kerana ditakuti akan menyebabkan hukum kita keluarkan itu bertentangan dengan hukum yang telah Allah s.w.t. tetapkan.Oleh sebab itulah,perlu diperbanyakkan lagu kajian seperti untuk kes-kes yang berlainan.


FENOMENA PEMBEDAHAN KOSMETIK

Pembedahan plastik merupakan suatu cabang ilmu bedah yang terbahagi kepada 2 iaitu operasi Rekonstruksi dan Esketik. Istilah “Plastik” sendiri berasal dari bahasa Yunani iaitu plasticos yang bererti dapat diubah/dibentuk, bukan dengan menggunakan bahan dari plastik, tetapi dengan menggunakan bahan dari tubuh sendiri (lemak, tulang rawan, kulit dan lain-lain) atau bahan artificial (implant) seperti silicon padat untuk memancungkan hidung atau silikon gel untuk membesarkan payudara.”

Secara dasarnya, pembedahan plastik terbahagi kepada dua iaitu Rekonsruksi dan Kosmetik. Pembedahan rekonstruksi bertujuan bagi membaikpulih anggota badan yang tidak normal dan tidak dapat berfungsi akibat daripada kecacatan sejak lahir, penyakit ataupun kemalangan teruk yang menyebabkan kerosakan pada anggota badan. Dengan melakukan pembedahan rekonstruksi, seseorang ini berpeluang menjalani kehidupan normal dan tidak dipandang rendah oleh masyarakat. Manakala pembedahan kosmetik pula bertujuan bagi mengubah bentuk anggota mengikut keinginan dan kepuasan seseorang. Dikatakan ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa dengan mengubah bentuk anggota badan yang diingini dapat meningkat tahap keyakinan dan imej diri seseorang dalam berhadapan dengan khalayak ramai.

Masalah sumbing atau rekahan lelangit, bibir dan pembedahan tengkorak muka merupakan pembedahan rekonstruktif yang paling banyak dijalankan di Malaysia. Pembedahan plastik bukan sahaja popular di kalangan wanita tetapi juga lelaki.

Namun begitu, setiap perkara semestinya mempunyai risiko yang harus ditanggung. Antaranya adalah melakukan pembedahan plastik boleh dikira sebagai satu pembaziran kerana bagi satu pembedahan plastik bagi hidung contohnya memakan wang sebanyak RM 2000. Dan bukan satu rawatan pembedahan sahaja harus dijalani. Sekurang-kurangnya5 rawatan pembedahan yang harus diikuti. Selain itu, tidak semua prosedur pembedahan plastik yang dilakukan akan berakhir dengan sempurna. Terdapat sesetengah kes di mana bentuk anggota badan yang diingini tidak seperti yang diharapkan malah menambah beban individu yang menjalani pembedahan plastik itu disebabkan komplikasi yang dialami. Malahan lebih teruk lagi membawa kepada kematian.
Rupa paras yang diingini menjadi bertambah hodoh dan menggerunkan. Inilah fenomena yang mejoritinya terjadi di Barat akibat ketaksuban mereka ingin kelihatan cantik.

Pembedahan plastik itu juga akan membawa kesakitan yang teramat sangat dan kesakitan ini mungkin mengambil masa tempoh yang lama untuk sembuh. Untuk menahan sakit pula, mereka biasanya diberikan ubat penahan sakit atau bius yang menyebabkan mereka terdedah dengan risiko ketagihan ubat tersebut. Ketagihan seperti ini boleh mengakibatkan penyakit jantung, kerosakan otak dan akhir sekali kematian.

Justeru, fenomena pembedahan plastik ini perlu dikawal kerana matlamat prosedur ini sebenarnya adalah untuk membantu manusia bukannya merosakkan kita sendiri. Pihak yang terlibat tentunya doktor pembedahan plastik memainkan peranan dalam memberi nasihat kepada mereka yang terlampau taksub mengubah bentuk anggota badan dan tidak hanya semata-mata ingin mengejar keuntungan, Sebagai manusia pula, kita perlulah mensyukuri nikmat anggota badan yang Allah s.w.t berikan kerana setiap pencipta-Nya pasti terlindung hikmah.


REKONSTRUKSI

1)Kecacatan sejak dari lahir seperti sumbing bibir dan langitan,hipospadi(alat kelamin melengkung)hemangioma(kelainan pembuluh darah pada kulit).
2)Kecacatan akibat kemalangan atau kecederaan yang teruk seperti kulit terbakar,patah dan retak tulang.
3)Kecacatan akibat infeksi ataupun penyakit yang menyebabkan pesakit mengalami penderitaan yang teruk.
4)Pembedahan Kraniofasial dan maksilofasial,bagi menangani kelainan bentuk kepala dan muka (patah tulang muka akibat kecelakaan)daripada yang normal.
5)Pembedahan mikro (seperti traumatik amputasi jari yang memerlukan penyambungan pembuluh darah).
6)Transexual

PEMBEDAHAN KOSMETIK

1-Facelift
Facelift adalah prosedur untuk menegangkan kulit.Selain itu,facelift juga dapat menghilangkan kerutan pada wajah.
2-Rhinoplasty
Rhinoplasty adalah operasi untuk memperbaiki hidung sesuai dengan keinginan individu.Selain bertujuan untuk memperbaiki penampilan,rhinoplasty dapat membantu pernafasan yang tersumbat.
3-Eyelid Surgey
Eyelid surgey dilakukan untuk mengangkat lemak serta menegangkan kulit dan otot di sekitar mata,tetapi eyelid surgey tidak akan menghilangkan garis atau kerutan di sekitar mata,atau menghilangkan warna hitam di bawah mata.
4-Check Implant
Operasi ini digunakan untuk menambah tinggi tulang pipi.Operasi ini dilakukan dengan memasukkan silicon di rongga mulut.Pipi tembam atau “chubby”juga dapat dihilangkan dengan menyedut lemak di bahagian pipi dan menegangkan ototnya.
5-Liposuction
Suatu cara bagi menghilangkan lemak tubuh dengan cara membuat lubang kecil pada kulit dan mengeluarkan lemak tersebut dengan tenaga vakum.Hasil yang diperoleh ialah perut akan menjadi lebih ramping dan langsing.
6-Breast Augmetation
Breast Augmetation adalah operasi untuk merubah ukuran payudara dengan menggunakan silikon.Hal ini dapat mengembalikan kembali bentuk payudara setelah melahirkan anak atau merubah ukuran payudara bersesuaian dengan keinginan individu.
7-Lip Augmentation
Faktor umur banyak menyebabkan wanita kehilangan volume di bibirnya dan mulai mendapat kerutan di bibir.Lip augmentation dapat membantu mengembalikan bentuk bibir serta menghasilkan bentuk bibir mengikut keinginan seseorang. 

FAKTOR-FAKTOR MELAKUKAN PEMBEDAHAN KOSMETIK

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu melakukan pembedahan plastik.Matlamat utama pembedahan plastik adalah untuk membetulkan kecacatan pada anggota badan manusia disebabkan beberapa perkara.Kecacatan teruk semenjak dari lahir seperti “long syndronme face” atau bibir sumbing dan disebabkan kemalangan menyebabkan seseorang itu berasa perlu baginya untuk melakukan pembedahan plastik.Sekiranya pembedahan plastik ini tidak dilakukan,maka menyukarkannya berhadapan dengan persepsi masyarakat.
Selain itu,sesetengah individu juga melakukan pembedahan plastik atas dasar ingin mengembalikan semula fungsi tubuh badan yang terganggu.
Namun begitu,kebanyakan masyarakat sekarang banyak melakukan pembedahan plastik bagi tujuan kecantikan terutamanya wanita.Mereka terlalu taksub dengan idola mereka sehinggakan ingin mengubah bentuk anggota badan supaya menyamai idola mereka.Keinginan untuk mendapat wajah yang lebih sempurna juga menyebabkan sesetengah pihak melakukan pembedahan plastik.
Dari segi ini kita mulai dapat melihat kepentingan pembedahan plastik ini mulai terpesong apabila kebanyakan pihak melakukan pembedahan plastik mahupun kosmetik bagi mengubah ciptaan Allah s.w.t.

PROSEDUR PEMBEDAHAN KOSMETIK

Prosedur plastik terbahagi kepada dua iatu:
Membentuk semula(Rekonstruktif):Prosedur membentuk semula ialah pembedahan yang dijalankan bagi mengembalikan semula fungsi bahagian badan yang tidak normal disebabkan oleh kecacatan sejak dari lahir ataupun kecederaan akibat kemalangan yang dialami.Penggunaan tarik flap(siat) dan graf(cantuman) tisu untuk memulihkan kehilangan bentuk kerana terbakar dan pindah otot belakang ke kaki dan tangan yang cedera adalah antara contoh prosedur yang dilakukan oleh pakar pembedahan plastik.Surgeri membentuk semula dapat dikira sebagai prosedur surgeriyang dilakukan ke atas anggota badan yang tidak normal bagi mengembalikan semula fungsinya.
KOSMETIK:Prosedur ini pula tidak lain hanyalah bagi kecantikan semata-mata.Prosedur ini dilakukan kepada anggota badan yang normal dan berfungsi dengan baik bagi mempercantik dan menengangkan kulit,memancungkan hidung dan sebagainya.
Pembedahan membentuk semula anggota badan ini setelah saya melakukan kajian pembacaan tidak ditegah dalam Islam malah menjadi wajib hukumnya sekirannya dilakukan untuk mengembalikan semula bentuk asal ciptaan Allah s.w.t. akibat dari kemalangan dan kecacatan yang teruk seperti patah tulang yang teruk ataupun kulit yang terbakar hamper seluruh badan.Oleh itu,dalam kes ini dibolehkan seseorang itu melakukan pembedahan kosmetik.Jika anggota badannyaa sudah sempurna dan dia melakukan pembedahan plastik atas tujuan kecantikan dan ingin mengubah ciptaan Allah,perkara sebeginilah yang ditegah dalam Islam .
Taksirnya:”Dan demi sesunnguhnya aku(syaitan)akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong,dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu,dan aku akan menyuruh mengubah ciptaan Allah ”
Selain itu,pembedahan kosmetik itu juga boleh dilaksanakan atas anggota tubuh manusia yang baru ditimpa kecacatan atau kemalangan yang teruk sebagaimana:
Nabi shallallalahu’Alaihi wasallam pernah mengizinkan seorang lelaki yang terpotong hidungnya dalam suatu peperangan supaya mengantikan hidungya dengan iatu emas.
Kesimpulannya,segala pembedahan plastik yang bertujuan untuk membentuk semula anggota tubuh badan bagi menghilangkan kecacatan mahupun mengembalikan semula fungsi anggota badan yang rosak adalah harus.
Sementara pembedahan bagi tujuan kosmetik (untuk mengubah kejadian asal kepada yang lain daripada yang belum pernah ada sebelumnya dengan maksud supaya kelihatan lebih cantik) adalah ini dilarang dan malah dilaknat oleh Rasulullah shallallahu a’laihi wasallam sebagainya sabda Baginda dalam hadis daripada Ibnu Mas’ud yang membawa maksud:
Allah melaknat orang-orang yang mentatu dan yang minta ditatu,orang-orang yang mencabut rambutnya,orang-orang yang memperlihat kecantikan,dan orang-orang merubah ciptaan Allah .”

HUKUM PEMBEDAHAN KOSMETIK DALAM ISLAM

Hukum pembedahan plastik ada sebahagian wajib dan sebahagian lainnya haram
  1. Yang mudah adalah pembedahan untuk menutupi luka yang menganga, memperbaiki bekas-bekas luka yang parah, menampal kulit bekas yang terbakar yang sangat parah, terutama apabila mengenai muka dan bahagian-bahagian yang biasanya Nampak oleh orang lain. Semua ini tidak ada masalah, bahkan boleh jadi sebahagiannya wajib.
  1. Menghilangkan cacat ditengah-tengah kehamilan yang disebabkan oleh konsumsi ubat dan lain-lain. Demikiannya juga untuk menghilangkan bentuk yang berbeza dari bentuk kejadian asli seperti jari keenam, kelebihan daging, dan sebagainya. Semua ini tidak termasuk dalam mengubah ciptaan Allah s.w.t
  1. Semua perbuatan yang termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah s.w.t maka hukumnya haram. Allah s.w.t telah menciptakan manusia sebaik-baiknya, ada yang tinggi, ada yang pendek,ada yang hitam, ada yang putih, ada yang cantic dan ada yang buruk. Itu semua termasuk di antara tanda-tanda kesan-Nya dan penciptaan-Nya. Dia Tuhan yang memberi bentuk, sebagaimana firman-Nya


CONTOH PEMBEDAHAN KOSMETIK YANG DIBOLEHKAN

  1. Contohnya jika seseorang itu cacat seperti mulut sumbing, ia masih dibenarkan Islam untuk dilakukan pembedahan plastik terhadapnya dan ia tidak dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah s.w.t. Ini disebabkan kejadian wajah manusia adalah normal, mulutnya adalah tidak sumbing dan dengan menjalani pembedahan membetulkan sumbing itu, ia mengembalikan keadaan mulut kepada kejadian manusia normal.
  1. Contoh lain, jika lubang hidung seseorang itu terlalu sempit hingga menyukarkan ia bernafas, maka dibolehkan untuk individu itu menjalani pembedahan bagi memperbesarkan lubang hidungnya. Tapi sekiranya dia ingin menjalani pembedahan sekadar untuk meniggikan lagi batang hidungnya konon supaya kelihatan cantik, maka perbuatan itu berdosa dan tidak dibenarkannya.
  1. Pemindahan organ seperti jantung, hati dan sebagainya. Hal ini untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Pada zaman sekarang kita melihat adanya penderma darah yang merupakan bahagian dari tubuh manusia telah merata di negara kaum muslim tanpa ada seorang ulama pun yang mengingkarinya, malah menganjurkannya turut serta menjadi penderma.


LAMPIRAN

Contoh-contoh kegagalan pembedahan plastic

                                           Mengubah ciptaan Allah s.w.t.
                                                                   


Mengubah kemaluan atau jantina



RUJUKAN



Sumber pertama:
Internet




Sumber kedua:


Buku ilmiah
  • Cosmetic Surgery or Other Operations to fix a Deformation is Pemissible,(page 347)Islamic Fatawa Regarding Women/Published by Darussalam Publisher & Distributors-1996/1417H
  • Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah(m/s 321,322,323)/Berlian Publications Sdn Bhd/Oleh Syeikh Abu Malik dan Kamal bin As-Sayid Salim


PENUTUP

Sebagai penutup, kami ingin mengucapkan ribuan terima kaish kepada semua yang terlibat dalam menyediakan kerja kursus ini. Penghargaan istimewa diberikan kepada Ustaz Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi kerana telah memberi ruang kebebasan bagi kami memilih tajuk juga memberi tunjuk ajar sepanjang melengkapkan report ini. Sekalung ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ibubapa dan rakan-rakan yang turut menyumbang idea bagi menambah baik kerja kursus ini.


Secara keseluruhannya, kami mengambil masa selama lebih kurang seminggu bagi melengkapkan report ini. Selain menjadikan internet sebagai sumber rujukan utama, kami juga merujuk kepada buku ilmiah bagi mempelbagaikan sumber rujukan. Dengan itu, kami dapat melihat pandangan serta ilmu pengetahuan yang berbeza tetapi masih berlandaskan pada hukum yang sama.


Kami melihat tajuk kerja kursus kami ini sebagai tajuk yang menarik kerana ia biasa dibahaskan dan kebanyakan daripada kita masih lagi keliru dengan hukum bagi pembedahan plastik bagi situasi yang berbeza. Kebiasaannya, kita melihat isu pembedahan plastik ini dalam skop yang terlalu kecil dan kita mudah menghukum seseorang apabila seseorang itu melakukan pembedahan plastik. Walhal dalam islam sendiri menetapkan hukum yang sepatutnya dan ada alasan disebalik setiap hukum yang ditetapkan. Di Malaysia sendiri, isu pembedahan plastik ini bukanlah perkara asing lagi apabila semakin ramai dilihat mula mengalihkan perhatian terhadap fenomena ini. Selebriti terutamanya mula terikut-ikut dengan pengaruh barat apabila ada sesetengah golongan mula taksub melakukan pembedahan plastik bagi mendapatkan bentuk anggota badan yang diingini.

Namun begitu, harus kita ingat bahawa pembedahan plastik juga membawa banyak kebaikan kepada insan tertentu yang memerlukannya. Dengan melakuka pembedahan plastik, kehidupan seseorang kembali kepada normaldan dapat bergaul dengan masyarakat tanpa ada rasa rendah diri. Hal ini biasanya terjadi kepada mereka yang mengalami kecacatan mahupun kemalangan teruk yang menjejaskan fungsi anggota badan mereka.

Kesimpulannya, isu pembedahan plastik ini telah kami kupas sebaik mungkin dari segala segi dan aspek. Diharapkan kerja kursus ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.





















2 comments:


  1. VAZBET - Tembak Ikan Online | Agen Slot Joker123

    Tembak Ikan Online
    Bandar Slot Online


    Tembak Ikan Online | Bandar Slot Online

    *Bonus Member Baru 10% - 20%
    *Bonus Next Deposit 5% / Hari
    *Bonus Cashback 10% / Minggu
    *Bonus Referral 10%
    *Bonus Komisi Referral 2% / Minggu

    Ayo Daftar ! Dapatkan Bonus Menarik Lainnya ~
    WA: +855 7879520

    Domain:
    WWW.VAZBET.IN
    WWW.VAZBETGAME.COM

    #Tembak_Ikan_Online #vazbet #joker123

    ReplyDelete
  2. minta izin jadi rujukan ye. Terima kasih

    ReplyDelete